Wednesday 22 July 2015

Ayam Masak Ungkep (Jawa)

Bagi yang gemar mencuba resipi baharu, boleh saja disajikan untuk tetamu di bulan Syawal sekarang atau untuk juadah sendiri dengan hidangan masyarakat dari seberang ini.

Ayam Masak Ungkep (Jawa)

Bahan:
1 ekor ayam - dipotong 12, lebih elok jika ayam tua/ayam kampung

Bahan A (untuk dikisar):

2 labu bawang besar
10 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
20 tangkai cili padi

Bahan tumis:

Halia (dihiris nipis)
1 liter air
2 batang serai
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara:
Ayam dibersihkan dan digaul dengan garam serta serbuk kunyit. Panaskan minyak dan gorengkan halia yang dihiris nipis sehingga garing.
Kemudian masukkan bahan A yang dikisar. Tumis sehingga naik minyak. Setelah naik minyak, masukkan ayam. Biarkan sebentar lebih kurang 2 - 3 minit.
Masukkan air, serai yang telah diketuk dan garam secukup rasa. Tutup kuali. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan ayam hancur kecuali guna ayam tua atau ayam kampung. Biarkan sehingga kuah pekat dan boleh dihidangkan.

Wednesday 15 July 2015

Butter Prawn Nestum

Bahan-bahan yang anda perlukan:

Bahan A:

3/4 cawan Nestum cereal
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 sudu kecil gula
1 1/2 sudu besar serbuk susu

Bahan B:

300gm udang bersaiz serdahana yang telah dicuci, disiang dan dikeringkan
1 sudu kecil garam
1/2 telur yang telah dipukul
1 1/2 sudu besar tepung

Bahan C:
Minyak sayuran
2 sudu besar unsalted butter
1 biji cili padi, dihiris halus
6-10 keping daun kari, dibasuh dan dikeringkan serta dibuang batang

Cara-caranya:

Campurkan kesemua bahan A dan asingkan ke tepi

Taburkan garam ke atas udang dan gaul. Masukkan telur dan gaul lagi. Masukkan tepung dan pastikan campuran meliputi udang. Goreng udang dalam suhu yang tinggi. Bila udang sudah cukup digoreng, tapiskan minyak.

Panaskan mentega sehingga kelihatan mula berbuih dan keperangan. Masukkan daun kari dan cili padi. Tumis dengan suhu serdahana sehingga naik bau.

Perlahankan api. Masukkan adunan A dan kacau sehingga kelihatan perang. Pastikan daun kari menjadi rangup.

Masukkan udang dan kacau sehingga rata. Padamkan api dan teruskan kacau sehingga masakan kelihatan keperangan. Tambah sedikit perasa jika perlu dan hidangkan.

Selamat mencuba!!

Nikmati Rendang Sotong!

Bagi suri rumah pastinya menyediakan juadah makan kadang-kala boleh memeningkan kepala kerana tidak tahu apa yang hendak dimasak. Jalan mudah untuk mengatasi masalah ini selalunya adalah membeli makanan di luar setiap hari.

Namun kalau setiap hari beli makanan di luar pun bosan juga. Jadi apa kata anda cuba resipi Rendang Sotong Berlada yang mudah ini yang pastinya lazat!

Oleh itu, jom ikuti resipi mudah dan ringkas ini yang dipetik dari Mingguan Wanita.

Bahan-bahan :
1 kg sotong – dipotong kecil
150 gm cili padi
10 gm serbuk lada hitam
15 gm jintan halus
15 gm jintan kasar
20 gm bawang putih
100 gm bawang kecil
2 batang serai
20 gm lada merah
20 gm lada hijau
1 labu bawang besar - dimayang
1 biji tomato
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Sedikit minyak

Cara-cara membuat :
• Kisar cili padi, bawang putih, bawang kecil, jintan halus, jintan kasar, serta serai.
• Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar bersama serbuk lada hitam.
• Setelah naik bau, masukkan garam, gula serta bawang besar yang telah dimayang.
• Masukkan juga sotong, lada merah dan hijau serta tomato.
• Kacau sehingga rata dan siap untuk dinikmati.

Selamat menjamu selera!

Sunday 5 July 2015

Resipi mudah masak Ayam Lemon & Kentang

Ayam dan kentang boleh dikatakan makanan menjadi pilihan ramai. Ini kerana masakan dengan gabungan kedua-dua bahan ini sangat popular sebagai contoh kari ayam, ayam sambal kentang dan banyak lagi.

Namun, jika menu ayam lemon dan kentang amat jarang ditemui dan hanya boleh didapati jika ada anda menghadiri majlis-majlis yang menyediakan juadah secara buffet.

Mungkin ramai yang mengidam tetapi tidak tahu bagaimana atau cara memasak juadah enak ini.

Jadi kali ini kami akan berkongsi dengan anda semua resipi mudah untuk memasak ayam lemon dan kentang ini yang dipetik dari Rasa.

BAHAN-BAHAN :
• 3 sudu minyak zaitun
• 6 ketul peha ayam
• Garam & Lada hitam
• 1 biji bawang holand (dihiris kasar)
• 2 ulas bawang putih (dicincang)
• 6 biji kentang (dihiris halus)
• 1 cawan air rebusan ayam
• ½ epal cider
• 2 sudu perahan lemon
• Beberapa batang rosemery
• Herba thyme

BAHAN PERHIASAN:
• ½ hirisan keju parmesan
• 6 – 10 hirisan lemon

CARA PENYEDIAAN
1. Panaskan minyak zaitun di dalam periuk (pan) dengan api yang sederhana.
2. Perapkan ayam dengan garam dan lada hitam selama beberapa minit.
3. Bakar ayam dalam periuk sehingga keperangan.
4. Kemudian, asingkan ayam dan tambahkan sedikit minyak ke dalam periuk.
5. Mula mengoreng bawang dan biarkan ia selama 1 minit.
6. Campakkan bawang putih ke dalam periuk dan gaulkan selama 30 saat.
7. Masukan kentang dan taburkan garam dan lada hitam kedalamnya.
8. Selepas itu, masukan air rebusan ayam dan masukan sedikit epal cider di dalam periuk.
9. Gaul sehingga rata dan campakkan beberapa batang daun rosemary.
10. Biarkan sehingga mendidih dan masukan semula ayam yang telah di asingkan sebentar tadi.
11. Tutup periuk dan biarkan ia dengan api sederhana sehingga ayam benar-benar masak dan kentang menjadi empuk.
12. Alihkan penutup dan masukan air perahan lemon.
13. Kacau sehingga rata dan taburkan keju parut dan hirisan lemon sebagai pelengkap hiasan sebelum dihidangkan.
14. Nah kini ia sedia dihidangkan!

Selamat mencuba & menjamu selera!

Tuesday 17 February 2015

Cara mudah buat ais krim pasu yang lazat!

Diposkan oleh: Farizan Zainal - tupai.com

Musim panas sangat sedap kalau kita basahkan tekak dengan ais krim, lebih-lebih lagi jika yang dibuat sendiri dirumah.

Bukan apa, boleh kongsi beramai-ramai dengan ahli keluarga yang lain, bukankah lagi sedap rasanya.

Kali ini, jom kita belajar cara mudah untuk mempelbagaikan ais krim buatan anda sendiri, serta ubah selera ais krim anda yang selama ini kosong sahaja.

Jom ikuti resepi mudah untuk anak-anak anda yang dipetik daripada Resepi Citarasawan.

Bahan-bahan:
1 kotak kecil ais krim vanilla
6 keping biskut oreo
4 keping biskut oreo – dihancurkan menjadi serbuk
Cawan berbentuk pasu
Krim putar

Cara menyediakan:
1. Masukkan sekeping biskut oreo di dalam cawan, kemudian masukkan ais krim tetapi jangan sampai penuh dan tekan padat ais krim tersebut.
2. Tabur serbuk oreo yang telah dihancurkan di atasnya.
3. Tekan krim putar di atasnya atau anda boleh gunakan kreativiti anda sendiri untuk menghias ais krim tersebut.

Memang mudah. Selamat mencuba!

[Sumber Foto: Resepi Citarasawan]