Tuesday 5 April 2016

Senarai Terkini Nama Menteri Dan Timbalan Menteri

Senarai Terkini Nama Menteri Dan Timbalan Menteri
(Dikemaskini 23 Februari 2016)

Perdana Menteri
Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak

Timbalan Perdana Menteri
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Menteri:
Dato’ Mah Siew Keong
Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Bin Baharom (Hal Ehwal Agama)
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
Dato' Seri Dr. Shahidan Bin Kassim
Senator Datuk Paul Low Seng Kuan
Puan Hajah Nancy Binti Haji Shukri
Senator Dato' Sri Abdul Wahid Bin Omar (Unit Perancangan Ekonomi)
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Dato' Sri Azalina Binti Othman Said
Timbalan Menteri:
Dato' Razali Bin Ibrahim
Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki (Hal Ehwal Agama)

Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed
Timbalan Menteri: Tuan Masir Anak Kujat

Kementerian Pengangkutan
Menteri: Dato’ Sri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri: Datuk Ab. Aziz Bin Kaprawi

Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
Timbalan Menteri: Dato' Seri Dr. Hilmi Bin Haji Yahaya

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Menteri: Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz
Timbalan Menteri: Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin

Kementerian Pertahanan
Menteri: Dato' Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein
Timbalan Menteri: Dato' Wira Mohd Johari Bin Baharum

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri I: Dato' Sri Mustapa Bin Mohamed
Menteri II: Dato' Seri Ong Ka Chuan
Timbalan Menteri: Datuk Haji Ahmad Bin Haji  Maslan
Timbalan Menteri: Senator Dato' Lee Chee Leong

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Menteri: Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: Dato’ Sri Dr. James Dawos Mamit

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Dato' Noriah Binti Kasnon

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Dato' Sri Ahmad Shabery Bin Cheek
Timbalan Menteri: Dato' Sri Haji Tajuddin Bin Abdul Rahman
Timbalan Menteri: Tuan Nogeh Anak Gumbek

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: Datuk Haji Ahmad Jazlan Bin Yaakub

Kementerian Kewangan
Menteri I: Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
Menteri II: Dato' Seri Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Chua Tee Yong
Timbalan Menteri: Datuk Johari Bin Abd Ghani

Kementerian Luar Negeri
Menteri: Dato’ Sri Anifah Bin Aman
Timbalan Menteri: Dato' Seri Reezal Merican Bin Naina Merican

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Menteri: Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau
Timbalan Menteri: Datuk Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri: Dato' Sri Hajah Rohani Binti Haji Abdul Karim
Timbalan Menteri: Datuk Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun
Timbalan Menteri: Senator Datin Paduka Chew Mei Fun

Kementerian Kerja Raya
Menteri: Dato' Sri Haji Fadillah Bin Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Binti Haji Abdul Rashid Shirlin

Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Dato' Sri Richard Riot Anak Jaem
Timbalan Menteri: Dato' Sri Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib

Kementerian Wilayah Persekutuan
Menteri: Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor
Timbalan Menteri: Senator Dato' Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan

Kementerian Pendidikan Tinggi
Menteri: Dato' Seri Haji Idris Bin Jusoh
Timbalan Menteri: Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Encik Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar
Timbalan Menteri: Datuk Saravanan A/L Murugan

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Abdul Rahman Bin Dahlan
Timbalan Menteri: Datuk Halimah Binti Mohd Sadique

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri: Dato' Seri Hamzah Bin Zainudin
Timbalan Menteri: (belum ada lantikan)

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri: Datuk Ir. Haji Hamim Bin Samuri

Kementerian Pendidikan
Menteri: Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid
Timbalan Menteri: Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan
Timbalan Menteri: Senator Tuan Chong Sin Woon

Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Menteri: Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh Bin Tun Said Keruak
Timbalan Menteri: Dato' Jailani Bin Johari

Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri
Anggota Jemaah Menteri
Timbalan Menteri

Wednesday 22 July 2015

Ayam Masak Ungkep (Jawa)

Bagi yang gemar mencuba resipi baharu, boleh saja disajikan untuk tetamu di bulan Syawal sekarang atau untuk juadah sendiri dengan hidangan masyarakat dari seberang ini.

Ayam Masak Ungkep (Jawa)

Bahan:
1 ekor ayam - dipotong 12, lebih elok jika ayam tua/ayam kampung

Bahan A (untuk dikisar):

2 labu bawang besar
10 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
20 tangkai cili padi

Bahan tumis:

Halia (dihiris nipis)
1 liter air
2 batang serai
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara:
Ayam dibersihkan dan digaul dengan garam serta serbuk kunyit. Panaskan minyak dan gorengkan halia yang dihiris nipis sehingga garing.
Kemudian masukkan bahan A yang dikisar. Tumis sehingga naik minyak. Setelah naik minyak, masukkan ayam. Biarkan sebentar lebih kurang 2 - 3 minit.
Masukkan air, serai yang telah diketuk dan garam secukup rasa. Tutup kuali. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan ayam hancur kecuali guna ayam tua atau ayam kampung. Biarkan sehingga kuah pekat dan boleh dihidangkan.

Wednesday 15 July 2015

Butter Prawn Nestum

Bahan-bahan yang anda perlukan:

Bahan A:

3/4 cawan Nestum cereal
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 sudu kecil gula
1 1/2 sudu besar serbuk susu

Bahan B:

300gm udang bersaiz serdahana yang telah dicuci, disiang dan dikeringkan
1 sudu kecil garam
1/2 telur yang telah dipukul
1 1/2 sudu besar tepung

Bahan C:
Minyak sayuran
2 sudu besar unsalted butter
1 biji cili padi, dihiris halus
6-10 keping daun kari, dibasuh dan dikeringkan serta dibuang batang

Cara-caranya:

Campurkan kesemua bahan A dan asingkan ke tepi

Taburkan garam ke atas udang dan gaul. Masukkan telur dan gaul lagi. Masukkan tepung dan pastikan campuran meliputi udang. Goreng udang dalam suhu yang tinggi. Bila udang sudah cukup digoreng, tapiskan minyak.

Panaskan mentega sehingga kelihatan mula berbuih dan keperangan. Masukkan daun kari dan cili padi. Tumis dengan suhu serdahana sehingga naik bau.

Perlahankan api. Masukkan adunan A dan kacau sehingga kelihatan perang. Pastikan daun kari menjadi rangup.

Masukkan udang dan kacau sehingga rata. Padamkan api dan teruskan kacau sehingga masakan kelihatan keperangan. Tambah sedikit perasa jika perlu dan hidangkan.

Selamat mencuba!!

Nikmati Rendang Sotong!

Bagi suri rumah pastinya menyediakan juadah makan kadang-kala boleh memeningkan kepala kerana tidak tahu apa yang hendak dimasak. Jalan mudah untuk mengatasi masalah ini selalunya adalah membeli makanan di luar setiap hari.

Namun kalau setiap hari beli makanan di luar pun bosan juga. Jadi apa kata anda cuba resipi Rendang Sotong Berlada yang mudah ini yang pastinya lazat!

Oleh itu, jom ikuti resipi mudah dan ringkas ini yang dipetik dari Mingguan Wanita.

Bahan-bahan :
1 kg sotong – dipotong kecil
150 gm cili padi
10 gm serbuk lada hitam
15 gm jintan halus
15 gm jintan kasar
20 gm bawang putih
100 gm bawang kecil
2 batang serai
20 gm lada merah
20 gm lada hijau
1 labu bawang besar - dimayang
1 biji tomato
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Sedikit minyak

Cara-cara membuat :
• Kisar cili padi, bawang putih, bawang kecil, jintan halus, jintan kasar, serta serai.
• Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar bersama serbuk lada hitam.
• Setelah naik bau, masukkan garam, gula serta bawang besar yang telah dimayang.
• Masukkan juga sotong, lada merah dan hijau serta tomato.
• Kacau sehingga rata dan siap untuk dinikmati.

Selamat menjamu selera!

Sunday 5 July 2015

Resipi mudah masak Ayam Lemon & Kentang

Ayam dan kentang boleh dikatakan makanan menjadi pilihan ramai. Ini kerana masakan dengan gabungan kedua-dua bahan ini sangat popular sebagai contoh kari ayam, ayam sambal kentang dan banyak lagi.

Namun, jika menu ayam lemon dan kentang amat jarang ditemui dan hanya boleh didapati jika ada anda menghadiri majlis-majlis yang menyediakan juadah secara buffet.

Mungkin ramai yang mengidam tetapi tidak tahu bagaimana atau cara memasak juadah enak ini.

Jadi kali ini kami akan berkongsi dengan anda semua resipi mudah untuk memasak ayam lemon dan kentang ini yang dipetik dari Rasa.

BAHAN-BAHAN :
• 3 sudu minyak zaitun
• 6 ketul peha ayam
• Garam & Lada hitam
• 1 biji bawang holand (dihiris kasar)
• 2 ulas bawang putih (dicincang)
• 6 biji kentang (dihiris halus)
• 1 cawan air rebusan ayam
• ½ epal cider
• 2 sudu perahan lemon
• Beberapa batang rosemery
• Herba thyme

BAHAN PERHIASAN:
• ½ hirisan keju parmesan
• 6 – 10 hirisan lemon

CARA PENYEDIAAN
1. Panaskan minyak zaitun di dalam periuk (pan) dengan api yang sederhana.
2. Perapkan ayam dengan garam dan lada hitam selama beberapa minit.
3. Bakar ayam dalam periuk sehingga keperangan.
4. Kemudian, asingkan ayam dan tambahkan sedikit minyak ke dalam periuk.
5. Mula mengoreng bawang dan biarkan ia selama 1 minit.
6. Campakkan bawang putih ke dalam periuk dan gaulkan selama 30 saat.
7. Masukan kentang dan taburkan garam dan lada hitam kedalamnya.
8. Selepas itu, masukan air rebusan ayam dan masukan sedikit epal cider di dalam periuk.
9. Gaul sehingga rata dan campakkan beberapa batang daun rosemary.
10. Biarkan sehingga mendidih dan masukan semula ayam yang telah di asingkan sebentar tadi.
11. Tutup periuk dan biarkan ia dengan api sederhana sehingga ayam benar-benar masak dan kentang menjadi empuk.
12. Alihkan penutup dan masukan air perahan lemon.
13. Kacau sehingga rata dan taburkan keju parut dan hirisan lemon sebagai pelengkap hiasan sebelum dihidangkan.
14. Nah kini ia sedia dihidangkan!

Selamat mencuba & menjamu selera!