Tuesday 29 July 2014

Cantikkan kulit wajah dengan kentang

Apabila bercakap mengenai ubi kentang, pastinya akan muncul di fikiran anda tentang makanan-makanan enak yang dibuat daripada kentang ini. Tetapi tahukah anda bahawa kentang sebenarnya mempunyai manfaat yang baik dalam mencantikkan kulit wajah anda?

Dipetik dari Majalah Wanita, masker yang dibuat daripada kentang mampu meremajakan kulit serta menghilangkan kerutan di wajah dan juga gangguan kulit lain.

Jadi kepada anda di luar sana yang ingin mencuba sendiri kebaikan masker kentang ini, ikuti cara-cara menghasilkan masker kentang ini.

Kupas kentang dan iris kentang bentuk bulat. Letakkan irisan kentang pada mata anda selama 15-20 minit. Setelah itu, cuci atau bilas wajah anda dengan air hangat.

Masker kentang memiliki zat anti penuaan yang sangat efektif dan bermanfaat untuk mengurangi kedutan di wajah. Jika anda menggunakan masker secara teratur, maka kulit anda akan lebih lembut dan bercahaya.

Menghilangkan bintik hitam pada wajah. Jika kita mempunyai bintik-bintik hitam pada wajah, kita boleh melakukan dengan kisar kentang dan sapukan pada wajah sambil memberikan urutan lembut. Biarkan selama lima minit, setelah itu bilas wajah dengan air bersih.

Menghilangkan luka bakar akibat sinar matahari. Yang perlu dilakukan adalah hiris kentang dan letakkan irisan tersebut pada luka bakar. Hal ini akan memberikan sensasi menenangkan.

Memutihkan kulit wajah. Parut kentang dan oleskan parutan kentang pada wajah anda. Setelah 30 minit, bilas wajah anda. Jika anda menggunakan masker secara teratur, kulit wajah akan terasa halus, putih dan cerah.

Masker yang terbuat dari kentang juga sangat baik untuk mengangkat sel-sel kulit yang sudah mati pada wajah. Anda cukup menggunakan masker selama 10 minit setiap hari. Dengan pemakaian secara teratur, akan membantu kulit wajah menjadi lebih remaja. Mengubati mata bengkak.

Untuk menghilangkan bengkak di sekitar mata atau kantung mata, gunakan campuran mentimun dan kentang lalu sapukan di sekitar mata. Mentimun mengandungi asid askorbik dan asid kafeik, kentang mengandungi catecholase (katekolase). Kandungan tersebut dapat menghilangkan bengkak pada mata.

Jika anda memiliki kulit yang kering, anda dapat menggunakan masker yang terbuat dari parutan kentang yang di campur dengan dadih (curd). Untuk penggunaannya cukup sapukan masker pada wajah selama 20 minit, lalu bilas. Masker kentang ini membantu melembabkan kulit anda dan menghilangkan garis-garis halus pada wajah.

Sumber: Tupai.my

Thursday 10 July 2014

Buah Kurma dan khasiatnya!!

• Percayakah anda bahawa kurma tidak menyalurkan bakteria dan mikrob? Ulat yang ada di dalam kurma lama dapat memusnahkan amuba dan membunuh bakteria yang mungkin menyerang manusia.

• Seandainya tidak kerana kurma dan kopi Arab, nescaya penduduk Jazirah Arab akan diserang berbagai penyakit yang tidak diketahui hujung pangkalnya kecuali oleh Allah.

• Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?

• Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?

• Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?

• Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?

• Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?

• Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?

• Tahukah anda bahawa kurma Barhi dianggap sebagai eliksir bagi para pemuda dan di dalamnya tersimpan rahsia besar kerana ia dapat menggiatkan kelenjar dan menguatkan saraf?

• Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?

• Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?

• Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar semasa perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya, dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?

• Tahukah anda bahawa terdapat sejenis pokok kurma yang mati seiring dengan kematian pemiliknya?

• Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?

• Tahukah anda bahawa kurma mengandung protein tumbuhan yang bagus dan mudah dicerna?

• Tahukah anda bahawa kurma mengandungi sejumlah vitamin, seperti vitamin A, vitamin B, vitamin C, biotin, riboflavin, dan lainnya?

• Tahukah anda bahawa kurma bermanfaat untuk mengubati kekurangan darah kerana ada kandungan zat besi dalam kadar yang tinggi?

• Per
cayakah anda bahawa kurma dapat menguatkan rahim ketika melahirkan kerana mengandungi hormon pitosin yang berkhasiat mengatur proses melahirkan?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat mencegah keradangan kerana mengandung antiseptic dan antirematik?

• Percayakah anda bahawa kurma mengandungi kadar serat baik yang bermanfaat untuk membantu gerakan usus dan mencegah sembelit?

• Tahukah anda bahawa kurma dapat melindungi usus besar dari kanser?

• Tahukah anda bahawa kurma adalah pengekang nafsu makan?

• Tahukah anda bahawa jenis kurma yang kalorinya paling rendah adalah ‘ajwah Madinah, razizi, dan rabi’ah?

• Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling sesuai untuk mendapatkan tubuh yang ideal adalah Hulwah Ha’il, kerana setiap 100 gram darinya tidak mengandungi lebih dari 67 kalori?

• Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling banyak mengandungi mineral dan vitamin yang tinggi dari potasium dan besi adalah rabi’ah Madinah?

• Percayakah anda bahawa kurma adalah ubat bagi orang yang menderita kekurangan berat badan kerana kaya dengan tunggal-tunggal yang tidak memerlukan proses pencernaan?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi ketegangan syaraf yang diakibatkan oleh aktiviti kelenjar tiroid yang melampau?

• Percayakah anda bahawa kurma adalah makanan yang mudah dicerna dan tidak memberatkan tubuh?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi rasa lapar yang amat sangat pada orang yang berpuasa?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat menyediakan perut untuk menerima makanan dan mencegah konstipasi?

• Tahukah anda bahawa kurma dapat melancarkan kencing dan mencuci ginjal?

• Tahukah anda bahawa kurma dapat membersihkan hati (liver) dari racun dan meredakan pergolakan saraf?

• Tahukah anda bahawa kurma basah mengandung kadar gula tinggi yang mudah dicerna dan diserap seperti glukosa?

• Tahukah anda bahawa kurma basah dapat menurunkan tekanan darah bagi perempuan hamil dan menormalkannya ketika prakelahiran?

• Tahukah anda bahawa kurma basah dapat membersihkan usus besar (kolon) sehingga bermanfaat untuk membantu dan memudahkan proses melahirkan?

• Tahukah anda bahawa kurma dinamakan dengan manjam (tambang) kerana mengandung banyak unsur mineral seperti fosfor, kalsium, magnesium, besi, sodium, sulfur, dan klorin?

• Tahukah anda bahawa kurma terdiri dari 21% air, sejumlah besar vitamin, 2.1% protein, 18% lemak, 73% gula dan 3% serat?

• Percayakah anda bahawa kandungan kalori dari 1 kg kurma sama dengan kandungan 1 kg daging?

• Tahukah anda bahawa kandungan nutrisi 1 kg kurma mentah setara dengan 3 kg makanan lain?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat memelihara kelembaban dan kecerahan mata, serta menajamkan pandangan pada malam hari?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat melembabkan usus sehingga memeliharanya dari radang dan infeksi?

• Percayakah anda bahawa kurma membekalkan tubuh dengan zat besi yang diperlukan oleh darah dan fosfor yang membantu proses berfikir?

• Percayakah anda bahawa kurma membekalkan tubuh dengan gizi dan vitamin yang membantu pertumbuhan dan menguatkan saraf?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat membantu menenangkan perasaan dan jiwa sehingga disarankan kepada orang yang berpenyakit saraf dan panas baran?

• Percayakah anda bahawa memakan kurma sebelum makan pagi dapat membunuh cacing?

• Percayakah anda bahawa kurma dianggap sebagai makanan paling baik di gurun Sahara kerana dapat disimpan dalam masa yang lama tanpa ditimpa kerosakan?

• Percayakah anda bahawa kurma memainkan peranan yang baik dalam membersihkan zat-zat beracun yang dihasilkan oleh proses asimilasi bahan makanan dalam tubuh?

• Percayakah anda bahawa di antara penduduk Sahara dan Oasis tidak mengidap kanser kerana mereka biasa mengambil kurma sebagai makanan asas?

• Percayakah anda bahawa garam-garam alkali yang ada dalam kurma berfungsi untuk membetulkan kemasaman darah yang diakibatkan oleh pengambilan makanan-makanan berlemak yang melampaui batas?

• Tahukah anda bahawa kurma tidak mengandung zat-zat yang dapat menghalangi penyerapan zat besi?

• Tahukah anda bahawa kurma juga dapat meningkatkan daya serap dalam tubuh, khususnya pada anak-anak?

• Percayakah anda bahawa jenis zat-zat gula dalam kurma dapat diserap dengan cepat sehingga dapat terus sampai ke darah dan sel-sel tubuh?

• Percayakah anda bahawa kadar serat dalam kurma pada fasa ruthab sekitar 2% dan meningkat hingga 4% pada kurma yang disimpan?

• Percayakah anda bahawa kurma mengandung fosfor dengan kadar yang lebih tinggi daripada kadar fosfor dalam apricot, pir, stroberi dan anggur, dan bahwa dalam setiap 100 gram kurma terdapat 40 miligram fosfor?

PERINCIAN KANDUNGAN KHASIAT KURMA (PER 100 G)
(SUMBER: USDA NATIONALNUTRIENT DATABASE)
Unsur Nilai gizi % kecukupan gizi
Energi 277 Kkal 14%
Karbohidrat 74,97 g 58%
Protein 1,81g 3%
Total Lemak 0,15 g <1%
Kolesterol 0 mg 0%
Serat makanan 6,7 g 18%
Asam Folat 15 mcg 4%
Niacin 1,610 mg 10%
Asam pantotenat 0,805 mg 16%
Piridoksin 0,249 mg 19%
Riboflavin 0,060 mg 4.50%
Thiamin 0,050 mg 4%
Vitamin A 149 IU 5%
Vitamin C 0 mg 0%
Vitamin K 2,7 mcg 2%
Sodium 1 mg 0%
Potasium 696 mg 16%
Kalsium 64 mg 6.50%
Tembaga 0,362 mg 40%
Besi 0,90 mg 11%
Magnesium 54 mg 13%
Mangan 0,296 mg 13%
Fosfor 62 mg 9%
Seng 0,44 mg 4%
Beta karoten 89 mcg
Lutein-zeaxanthin 23 mcg