Wednesday 28 May 2014

Selamat Hari Gawai dan Pesta Kaamatan

Seluruh warga CERAGEM Kuala Selangor mengucapkan selamat menyambut perayaan Hari Gawai dan Pesta Kaamatan kepada semua rakyat Malaysia terutamanya di Sarawak dan Sabah.

Semoga tahun-tahun mendatang memberikan lebih kemakmuran kepada kita semua.

Wednesday 21 May 2014

10 makanan mampu bersihkan kulit wajah

Avocado.
Setiap orang menginginkan wajah yang bersih, sihat dan tampak mulus. Walaupun pelembab sangat baik, makanan juga mampu membersihkan wajah dan membuat anda kelihatan lebih muda dan bertenaga. Terdapat 10 makanan yang membantu anda membersihkan wajah untuk kelihatan sihat, bercahaya dan bertenaga.

Avokado
Beri biru.
Bukan sahaja digunakan dalam pelbagai produk kecantikan, tetapi kulit serta isi avokado kaya dengan vitamin B. Ia sangat penting untuk mendapatkan kulit yang licin, sihat, membantu mencegah iritasi, merah dan bengkak pada kulit. Anda boleh mengambilnya bersama salad, smoothie atau boleh menyapu isi buah tersebut di muka untuk dijadikan skrub.

Beri
Vitamin C sangat penting untuk kulit yang sihat dan buah beri telah membuktikannya. Strawberi dan beri hitam mengandungi serat kolagen untuk membuat kulit tampak lebih muda. Diperkaya dengan anti oksidan
Keju kotej.
yang tinggi, ia turut berkesan untuk membantu mencegah keradangan tidak kira anda mengamalkannya bersama smoothie atau cara biasa.

Keju kotej (Cottage cheese)
Selenium dan Vitamin E yang terdapat dalam makanan ini dapat membantu melawan radikal bebas dan membekalkan antioksidan yang tinggi untuk kulit sihat. Ada laporan mengatakan khasiat kotej keju ini
dapat mencegah kanser apabila diamalkan dalam pelan diet yang sihat.

Almond (kacang)
Almond.
Asid lemak dalam makanan ini dapat membantu mengekalkan sel membrane dan dapat menyahkan toksik di dalam badan. Almond juga mengekalkan air dalam badan yang akan menjadikan kulit wajah dan badan yang pejal dan sihat. Selain itu, minyak baik yang terdapat di dalam almond ini sangat bagus untuk kesihatan jantung dan mengekalkan kesihatan berat badan.
Kentang.

Kentang
Kentang mengandungi zat besi yang sangat tinggi untuk keperluan tubuh. Diperkaya dengan zink dan vitamin C, kentang juga dapat membina kekenyalan kulit untuk tampil muda dan sihat sepanjang masa.

Bijirin.
Bijirin
Walaupun bijirin dapat menyebabkan peningkatan gula dalam darah, bijirin juga dapat membantu mengekalkan keremajaan dan kesihatan luaran yang anda mahu. Namun, anda harus memastikan bijirin ini mempunyai serat yang tinggi untuk mendapat manfaat yang baik kepada kulit anda.

Biji flaks.
Biji flaks
Jika anda tidak suka makan ikan dan makanan yang mengandungi lemak asid omega tiga yang tinggi, biji flaks ini merupakan penyelesaian kepada anda. Omega 3 yang terdapat dalam biji ini dapat
Yogurt.
membantu menhidratkan kulit, mengurangkan sebum, menutup liang roma serta membantu mencegah jerawat. Minyak yang terdapat di dalam biji ini memberikan kulit wajah yang berseri secara semulajadi serta kulit yang muda dan sihat.

Yogurt
Kaya dengan protein, yogurt membantu untuk membina kulit yang lebih anjal. Yogurt dari Greek mengandungi dua kali lebih protein dan kaya dengan serat. Terdapat pelbagai perisa yogurt dan anda juga boleh mengamalkan yogurt dengan tambahan buah beri, madu dan pelbagai buah lain.

Lada.
Lada
Warna hijau, kuning, oren, dan merah pada lada dapat menyerlahkan hidangan anda. Karotenoid (antioksidan di dalam lada) dapat mengurangkan kedutan pada wajah, menampakkan wajah lebih muda dan sihat jika selalu diamalkan.

Mangga.
Mangga
Bukan sahaja sedap, mangga juga dapat membantu memulihkan kulit. Mengandungi lebih daripada 80 peratus vitamin A, anda perlu amalkannya sekerap mungkin untuk melawan radikal bebas atau kulit tidak akan berkedut pada usia yang muda. Berkalori rendah, mangga amat sesuai diamalkan sewaktu diet.

Sunday 18 May 2014

Bawang putih baik untuk kesihatan

Pasti ramai yang tidak suka dengan bawang putih terutamanya golongan remaja kerana baunya yang kurang menyenangkan.

Namun tahukah anda bahawa bawang putih ini mempunyai pelbagai kebaikan dan khasiat untuk kesihatan kita?

Mengurangkan risiko angin ahmar
Bawang putih mampu penghasilan oksida nitrik pada dinding saluran darah yang membantu untuk mengembang dan mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan angin ahmar.

Mengurangkan risiko kanser
Kaya dengan anti oksidan seperti selenium, bawang putih mampu membantu mengurangkan radikal dalam darah, sekaligus mengurangkan risiko seseorang menghidap kanser.

Bertindak sebagai anti bakteria dan antivirus
Sejenis bahan iaitu allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrobakteria. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

Mengandungi banyak iodin
Bawang putih mempunyai kandungan iodin yang tinggi yang baik untuk pesakit hypertiroid.

Dapat tingkatkan sistem imunisasi
Kajian mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak dua hingga tiga ulas sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

Sumber: my.entertainment.yahoo.com/  |  Hospital Kuala Penyu  |  Jabatan Imigresen Malaysia  | Wikipedia

Thursday 8 May 2014

Khasiat buah pisang

Pisang merupakan buah tropika yang mudah kita temui di Malaysia. Selain itu, harganya pun juga agak murah berbanding dengan buah-buahan lainnya. Namun, mungkin anda tidak menduga bahawa kesederhanaan buah pisang yang biasa diketemui sehari-hari itu ternyata memiliki seribu macam manfaat, mulai dari perlindungan kardiovaskuler, menjaga kesihatan mata, memperbaiki tulang, sehinggalah berupaya mencegah kanser buah pinggang.

Berikut adalah senarai manfaat dan khasiat buah pisang:

Perlindungan Kardiovaskular
Pisang adalah salah satu sumber terbaik untuk potassium, iaitu mineral penting yang menjaga tekanan darah normal dan fungsi hati. Rata-rata, pisang yang terdiri daripada 467 mg potasium dan 1 mg sodium, boleh membantu pencegahan tekanan darah tinggi dan atherosclerosis.

Sebuah penyelidikan yang ditulis di Archives of Internal Medicine mendedahkan bahawa makanan dengan serat tinggi, seperti pisang, membantu penyakit hati. Penyelidikan sepanjang 19 tahun menunjukkan bahawa orang yang makan banyak serat, sekitar 21 gram sehari, mempunyai kadar penyakit jantung koronari 12% lebih sedikit, dan 11% penyakit kardiovaskular lebih sedikit berbandingkan dengan yang memakan serat sedikit (5 gram sehari).

Menjaga Kesihatan Mata
Ketika kecil, orang tua anda tentunya menyuruh untuk banyak makan karot supaya mata kita sentiasa sihat dan baik. Namun, sebagai orang dewasa, buah-buahan merupakan sumber lebih penting dalam menjaga kesihatan mata. Kajian yang terdiri daripada 100,000 orang peserta yang diminta memakan buah, sayuran, vitamin antioksidan A, C dan E, serta carotenoid untuk menilai pembentukan penyakit mata ARMD, menunjukkan bahawa konsumsi sayuran, vitamin antioksidan dan carotenoid tidak berkaitan dengan penyakit tersebut. Sementara itu, memakan buah-buahan menunjukkan perlindungan terhadap penyakit mata yang akut ini.

Memperbaiki Tulang
Memakan pisang secara rutin akan membantu tubuh anda menyerap kalsium secara lebih baik. Pisang mengandungi banyak fruktooligosakarida, yang merupakan prebiotik atau bakteria yang baik bagi usus besar anda. Bakteri ini mengeluarkan enzim serta vitamin yang meningkatkan kemampuan penyerapan nutrisi serta melindungi terhadap mikroorganism jahat. Kemampuan tubuh untuk menyerap kalsium juga menjadi lebih baik, sehingga bagus untuk tulang. Selain itu, risiko kanser usus juga berkurangan.

Menyihatkan Ginjal
Penyelidikan dari International Journal of Cancer menunjukkan bahawa konsumsi buah dan sayuran, terutama pisang, secara berkala boleh melindungi tubuh. Penyelidikan selama 13.4 tahun merangkumi penduduk yang terdiri daripada 61,000 wanita usia 40-76 menunjukkan bahawa wanita yang memakan lebih daripada 75 buah dan sayuran sebulan (atau 2.5 se hari) mengurangkan risiko kanser buah pinggang sebanyak 40%. Di antara buah-buahan lain, pisanglah yang paling melindungi.

Beberapa Tips Tambahan:

1. Makanlah pisang yang buahnya benar-benar matang, kerana semakin matang buahnya, maka level antioksidannya juga semakin tinggi. (Penyelidikan Universiti Innbruck Austria).

2. Jika anda ingin mempercepat proses matangnya, maka taruh pisang dalam sebuah paper bag atau bungkus dengan akhbar

3. Selain dimakan biasa atau menjadi salad, sandwic atau kerepek pisang dengan mentega kacang dan madu juga merupakan hidangan yang lazat. Selain itu, anda juga boleh menghidangkannya dengan cara dipotong-potong kecil dan dimasukkan ke sarapan oatmeal bersama susu segar anda.

Sumber: World Healthiest Foods.

Sunday 4 May 2014

Kandungan pemakanan Salmon

Salmon adalah sejenis ikan laut dari famili Salmonidae. Ikan lain yang satu famili dengan salmon adalah ikan trout. Perbezaannya adalah pada migrasi hidup salmon dibandingkan dengan ikan trout yang menetap. Salmon hidup di Lautan Atlantik dan Lautan Pasifik.

Secara umum, salmon adalah spesies anadromous, yaitu spesies yang bermigrasi untuk berkembang biak. Salmon lahir di perairan air tawar, bermigrasi ke lautan, lalu kembali ke air tawar untuk membiak. Terdapat suatu kepercayaan bahwa salmon selalu kembali ke tempat yang sama di mana ia dilahirkan untuk berkembang biak. Penelitian menunjukkan demikian, namun alasan mengapa hal itu terjadi dan bagaimana salmon dapat menyimpan memori tersebut masih misteri.

Salmon kembali ke perairan air tawar yang deras untuk berkembang biak. Metode navigasi yang dilakukannya kemungkinan dilakukan dengan deria bau ikan tersebut. Setengah dari salmon dewasa akan mati dalam beberapa hari hingga minggu setelah berkembang biak.

Untuk menaruh telur, salmon betina mengepakkan ekornya untuk menciptakan wilayah bertekanan rendah untuk mengangkat kerikil agar tersapu arus, menciptakan celah baginya untuk menaruh telur. Satu celah dapat menampung 5,000 telur, menutupi kawasan sekitar 2.8 m persegi. Warna telur bervariasi dari oren hingga merah.

Satu atau lebih salmon jantan akan mendekati betina dan mengeluarkan spermanya ke air untuk mensenyawakan telur. Salmon betina lalu menutupi telur-telurnya dengan menyapu kerikil lalu pergi bertelur di tempat lain. Salmon betina dapat melakukannya sebanyak tujuh kali sebelum telur dalam ovarinya habis. Salmon akan mati dalam hitungan hari setelah bertelur.

Telur harus diletakkan di bawah kerikil di sekitar air yang dingin dengan arus yang baik sebagai pembekal oksigen. Kematian yang tinggi umum terjadi pada tahap ini, yang sebahagian besar terjadi akibat pemangsa dan perubahan keadaan perairan akibat gangguan manusia.

Salmon muda menetap di perairan air tawar tersebut, tempat mereka dilahirkan, selama tiga tahun sebelum bermigrasi ke lautan. Pada masa tersebut, mereka berwarna keperakan. Di perkirakan hanya 10% dari jumlah telur yang selamat mencapai tahap ini.

Salmon menghabiskan waktu selama satu hingga lima tahun sebelum mencapai usia kematangan seksual. Salmon dewasa akan kembali ke tempat di mana dia dilahirkan untuk berkembang biak. Untuk menuju ke proses tersebut, beberapa jenis salmon mengembangkan taring. Warna mereka akan menjadi gelap. Jarak perjalanan yang dilakukan salmon sangat menakjubkan, mereka dapat mengarungi arus sungai sejauh 1,400 km dan mendaki setinggi 2,100 km dari lautan menuju tempat di mana mereka dilahirkan.

Selama berada di air tawar dan muara, salmon muda memakan serangga, amphipoda, dan crustacea lainnya. Ketika sudah besar, mereka akan memakan ikan kecil.


Kandungan Pemakanan Atlantic Salmon

Nilai pemakanan 100 g
Jumlah Setiap Hidangan

Energy: 231 Kcal
Energy from fat: 90 Kcal
Total Fat: 13 g
Saturated Fat: 3.1 g
Trans Fat: 0.2 g
Monounsaturated Fat: 5.3 g
Polyunsaturated Fat: 3.6 g
Sum EPA+DHA: 1.6 g
Sum Omega 3: 2.0 g
Sum Omega 6: 1.3 g
Omega 6: Omega 3: 0.66
Cholesterol: 55 mg
Protein: 22 g
Total Carbohydrate: 9 g
Dietary fibre: 8.4 g
Sugars: 0.1 g
Moisture: 65 g
Minerals: 855 mg
Phosphorus: 250 mg
Potassium: 430 mg
Sodium: 37 mg
Calcium: 8 mg
Chloride: 100 mg
Copper: 0.2 mg
Iodine: 0.0 mg
Iron: 0.4 mg
Magnesium: 29 mg
Selenium: 0.0 mg
Zinc: 0.4 mg
Vitamins
Vitamin A: 1.00 iu
Vitamin B1: 0.12 mg
Vitamin B2: 0.05 mg
Vitamin B6: 0.55 mg
Vitamin B12: 4.50 ug
Vitamin C: 0.21 mg
Vitamin D: 0.75 ug
Vitamin E: 2.70 mg
Nicotinic acid: 8.10 mg
Amino Acids
Telur.
Alanine: 1.21 g
Arginine 1.21 g
Aspartic acid: 2.12 g
Cystin: 0.24 g
Glutamic acid: 2.85 g
Glycine: 0.97 g
Histidine: 0.97 g
Isoleucine: 0.99 g
Lysine: 1.82 g
Methionin: 0.66 g
Phenylalanine: 0.80 g
Proline: 0.70 g
Serine: 0.79 g
Threonine: 1.00 g
Tyrosine: 0.66 g

Sumber Marine Harvest Canada